Semenjak dua menjak ni terlalu banyak open house dan jamuan hari raya kat Pejabat dan rumah-rumah kenalan. Bermula dengan kenduri kawen yang berlambak selepas raya hari tu dan seterusnya jamuan hari raya merayakan kemenangan pada Ramadhan yang lepas. Rakyat Malaysia amnya beraya selama sebulan, walhal Islam hanya sehari sahaja iaitu pada 1 Syawal berbanding tiga hari pada Aidil-adha. ini dapat dibuktikan dengan laungan takbir raya yang memang kita amalkan macam tu.

Minggu depan juga memungkinkan jamuan hari raya ini yang masih tiada surutnya. Jemputan pada 11, 12, 13 dan 14 Oktober telah sampai melalui email dan sms. Ambo juga ingin sama-sama berkongsi pemberian dan anugerah daripada Allah dengan kawan-kawan sekelian iaitu pada 9hb Oktober nanti di rumah ambo dengan Dungun, Terengganu. Jadi sesiapa yang berkelapangan pada hari tersebut, jemputlah beraya di rumah selepas Jumaat. ( hari tersebut juga merupakan hari lahir anakanda sulung ambo yang menjangkau 5 tahun jumaat nanti).

Begitulah kita … beraya sakan dan saya teringat dalam suatu ceramah ustaz Azhar Idrus menyatakan yang kita pada hari ini pada bulan Sya’aban lebih menantikan kedatangan hari raya pada Syawal jika dibandingkan dengan kedatangan Ramadhan itu sendiri… Nauzubillah , pedoman untuk diri sendiri agar tak termasuk dalam golongan yang pertama itu.

Nota Kaki: Tapi kelakarlah pulak sebab tempahan untuk baju raya dah ditutup pada bulan Syaaban… jadi still kena beli pada bulan Rejab…. ( : ) memang ini menunjukkan Syawal juga yang kita semua sibukkan …. )

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha