Setelah panasnya kerusi empuk Menteri Besar Terengganu akibat komen dari segenap penjuru samada daripada pihak pembangkang, kerajaan pusat, bloggers dan rakyat-rakyat yang prihatin akibat pembelian 14 buah Mercedes, Terengganu yang akan di’hangat’kan lagi dengan kedatangan BPR untuk meneliti fail-fail lama yang menimbulkan sangsi mereka.
Ini adalah kerana terdapat bahan yang menarik untuk BPR selidiki di sebalik kisah pembelian kereta tersebut di mana jumlah kos penyelenggaraan bagi sebuah kereta Proton Perdana semasa pentadbiran Idris Jusoh dulu ialah sebanyak RM175,229.97. Bukan itu sahaja, banyak blogger melaporkan, kos penyelenggaraan kereta yang digunakan oleh Idris Jusoh adalah yang paling tinggi iaitu RM 235,123.08 utuk tempoh 4 tahun. (sila lihat sini)
Cerita ini makin mengujakan bila Proton mendedahkan kepada umum, kerajaan Terengganu sebelum ini tidak pernah membuat ‘claim warranty’ kepada Proton sejak kereta Proton Perdana itu dibeli. Akhirnya, Badan Pencegah Rasuah terasa ada sesuatu ‘yang tak kena’ dan terus menghantar pegawainya untuk menyiasat kes tersebut.
Jikalau ini untuk kebaikan semua dan sebagai langkah untuk melahirkan kerajaan yang telus, silakanlah wahai BPR, buatlah Terengganu tu macam rumah anda sendiri dan dedahkan kepincangan yang ada (jika ada). Rakyat berhak tahu kerana mereka dilantik oleh rakyat dan ditugaskan untuk membantu rakyat.
Follow me on Twitter
Bebelan….