
Dunia Buku Malaysia minggu ini mendapat karya terbaru daripada Tun Dr Mahathir yang menampilkan cerita-cerita yang cukup ‘rare’ untuk dibaca oleh semua. Karya yang bertajuk A Doctor in the House – The Memoirs of Tun Dr Mahathir menjadi liputan hampir seluruh media massa dan kedengarannya buku itu sangat laris di kedai-kedai buku.
Mengelakkan aku ditinggal zaman, aku segera menghentikan bacaan yang dalam pembacaan iaitu buku yang bertajuk The Sword of Allah-Khaled Al Waled karya A Ikram bagi memberi laluan kepada buku Tun Mahathir ini. Hanya selepas 2 bab, aku sudah tertarik dengan apa isi kandungannya. Seperti karya negarawan yang lain, ia akan cuba menarik perhatian dengan cerita-cerita panas dan sensasi namun ianya bukan untuk aku sengihkan.
Aku pula lebih kearah apa yang tersirat disebalik cerita yang ingin diluahkan. Menarik sekali jugak Tun M agak all out dalam menulis buku ini dan seperti yang dihembur nya , buku ini adalah cerita dia (Tun M) mengenai dia (tun M) dan Malaysia mengikut telahannya. Walaupun mungkin ada golongan yang tidak bersetuju dalam hal yang dipaparnya, namun bagi aku ialah senang sahaja, orang yang tak bersetuju haruslah menulis buku juga untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Secara logiknya ialah, kita ada pendapat masing-masing samada betul atau salah telahan kita. Kalau kita yakin apa yang ditulis itu betul, maka perkatakanlah. Contoh lain lagi ialah kalau kita melihat seorang perempuan itu, walaupun dimata orang lain nampak tak lawa; tapi di mata kita sungguh ayu, maka apa yang dikata orang akan kita juahkan. Jadi apa yang hendak aku perkatakan di sini ialah nilailah dengan baik dan yang paling penting ambillah yang terbaik untuk kita iktibarkan dalam membuat pembacaan buku ini.
Mungkin soal fitnah adalah soal antara penulis dengan subjeknya, namun bagi aku terdapat banyak cara untuk kita makhluk tuhan untuk kita ambil iktibar. Mungkin benda ini sangat rumit untuk sesetengah orang tapi tidak bagi aku. Walaupun secara terangan, aku tidak setuju dengan kerajaan tapi ada sesuatu yang kita boleh pelajari dari buku ini. Begitu juga dengan ‘the other side of story’; sebab biasanya dalam setiap pembacaan, aku cuba fikirkan ‘sebaliknya’. Contohnya; kalau Tun M cakap dia hanya ada kereta Proton; lalu aku akan terfikir Kuda Bon Lois itu lebih mahal dari Toyota Camry.

Jadi sepanjang membaca (baru 4 bab) ini, aku cuba mendapatkan sebaik-baik moral dan nilai-nilai yang bagus untuk aku pelajari dan amalkan. Kisah Tun M dan Hasmah membuatkan aku merasa kasih sayang aku hanya untuk isteri seorang dan bukan kepada niat berpoligami. Begitu juga semangat rasis Melayu bertambah dan ingin membuktikan kita Melayu juga hebat . (walaupun Islam itu patut ke hadapan). Dalam kes melayu ini (Bab 3 dan 4), bagi aku cubaan Tun M bukan untuk menaikkan melayu mengatasi Islam tetapi menangkis kata-kata (dan pemikiran) yang kolot tentang melayu. (aku teringat kisah bani hashim, umaayah, mugheera dalam cerita Khaled Al Waleed)
Jadi begitulah aku, cubaan membaca diteruskan lagi dengan buku ini dan cuba mendapatkan ‘take-away’ sebanyak yang mungkin. Mungkin buku ini akan menjadi sebuah buku yang paling laris di pasaran (mungkin mengalahkan Interlok yang masih aku cari tapi tak jumpa) tahun ini dan tahun tahun seterusnya.
Kepada yang ingin menentang atau membangkan apa yang diitulis, bacalah dulu buku ini dan ambillah iktibar apa yang baik. Lagi buruk kalau yang kita menentang tapi baca pun tak habis atau lebih teruk lagi kalau tak baca. Seperti kata-kata kiasan yang sering terpalit denga ilmu silat; iaitu kalau belajar silat hendaklah sampai habis bagi mengelakkan jadi ‘enseng’ . jadi kalau baca buku, kenalah habiskan dari kulit hingga ke kulit seperti kita khatam Quran dari surah I hinggah surah 114.
Wallahu’Allam
P/s :Aku tulis cubaan membaca dalam para kedua last walaupun ianya bukan bermaksud cubaan kerana bagi aku apabila kita membaca, kita cuba memahami 100 % isinya. Tapi apalah yang hebatnya akal manusia ni kan? mungkin pemahaman aku lain dari pemikiran penulis. Sebab Allah lah sahaja yang Maha Mengetahui. Jadi kalau pemahaman aku lari sikit tu, ampunilah aku ya Allah.
Follow me on Twitter
Bebelan….