Seperti u oll sedia maklum, bekerja di Kerteh ini menyebabkan jadual dan tahap keinginan anda untuk menikmati suatu yang indah di hari minggu akan terpadam begitu saja. Contohnya ketika hendak makan tengahari di kantin tadi, brother kantin menayangkan Channel Astro dengan TV 42 ” dengan jayanya. Ditambah pula dengan Astro BeeYongnya yang mantap aku terkedu sendiri sambil berat punggung melangkah kembali ke opis apabila jam dua berdetik.

…. Hasilnya sekali lagi hari ini aku keempunan menengok Lee Chong Wei melawan Lin Dang untuk Super Series terbuka Korea yang hanya akan berlangsung lebih kurang jam 3.00 pm. Ianya sama seperti aku banyak terlepas F1 race yang mana ianya berlangsung ketika aku sedang bekerja (terutamanya asia track). Cukup keempunan… Cumanya aku ada satu soalan kepada yang bekerja pada hari jumaat dan rest hari ahad… pernahkan korang rasa keempunan akibat terlepas Al-Kulliyah?.. (.. nasib baik aku tak rasa begitu apabila terlepas rancangan MELODI yang TV3 buat tu..)

 

Nampaknya kehangatan kempen politik di Permatang Pauh lebih terasa bahangnya walaupun dilaporkan hujan telah turun di beberapa tempat di kawasan P44 itu. Di Kubang Ulu, Najib yang berceramah di sana (bersama satay dan laksa), telah mengwar-warkan yang DSAI sanggup berbuat apa saja asalkan hajat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tercapai. (Sila Klik Sini).

Habis semua kisah-kisah lama terungkit seperti kes ‘geng wawasan’, permainan wang oleh DSAI dan banyak lagi. Semua kisah-kisah itu sebenarnya bagi rakyat adalah satu pukulan ke muka empunya diri yang berkata demikian. Kalau kisah tersebut diceritakan 15 tahun lepas, mungkin la ada yang mempercayainya, namun ianya dulu dan bukan sekarang. Sekarang, semakin banyak orang seperti Najib atau KJ atau Ezam membuka mulutnya, semakin teruk Barisan Nasional. Ini adalah seperti ‘reverse psychology’ dan BN/UMNO bukannya tak tahu tentang itu, tetapi mereka tidak ada calon lain yang boleh menjadi ‘ayam laga’ seperti Muhamad Sabu atau Ibrahim Ali yang petah berbicara.

Atas sebab ketiadaan kepimpinan yang berwibawa itulah menyebabkan pihak BN semakin desperate sampai beberapa tokoh yang tidak mungkin terfikir oleh kita tampil berkempen/memberi ‘ceramah’ buat BN. Konsul Mongolia yang cakap berapi-api menafikan penglibatan Najib atas kes Altantuya adalah salah satu daripadanya. Melalui TV3,  apa yang diperkatakan oleh konsul tersebut bukan mengenai Najib dan Altantuya tetapi sekadar ingin menaikkan saham dirinya sampaikan point yang penting yang dapat difahami ialah oleh sebab beliaulah (konsul monggolia)… bla.. bla.. (semuanya macam memuji diri sendiri) .. hahahaaaa salah pilih calon lagi BN ni..

Begitu juga isu poster-poster yang ‘palsu’ (laporan Malaysiakini) sengaja ditimbulkan oleh pihak yang tak tahu malu dan ingin Pakatan Rakyat berpecah belah. Ini yang sebenarnya boleh lebih mengeratkan hubungan semua parti di Pakatan Rakyat kerana mereka tahu badai yang terakhir ini boleh mewujudkan kedamaian yang berpanjangan kepada Malaysia sekiraya DSAI menang dan Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia.

Jam semakin berdetik, Hari semakin hampir, wang semakin banyak ditabur (klik sini), perdebatan semakin hangat, tekak semakin perit dengan teriakan reformasi dan helah masing-masing semakin bercelaru NAMUN APA YANG PASTI tanggal 26 haribulan Ogos, kemenangan besar akan berpihak di Pihak Pakatan Rakyat dan kekelahan teruk itulah yang mengakibatkan terlerai ikatan Barisan Nasional dan insyaAllah, Ramadhan inilah yang paling rakyat tertunggu-tunggu.

DENGAN KELAHIRAN SEMULA MALAYSIA..insyaAllah

 

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

Apabila kita bercakap berkenaan Kemerdekaan, golongan berumur sering menyalahkan golongan muda yang katanya tidak tahu menilai erti susah atau jerih pekik golongan veteran yang banyak berjasa bagi membolehkan kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Golongan muda pula memberikan hujah yang golongan tua/berumur tidak memberikan kebebasan sepenuhnya atau tidak sedia untuk menerima suatu yang baru bagi menyahut era baru yang serba pantas dan mencabar ini.

Kurangnya kompromi antara mereka ini mengakibatkan jurang semakin jauh dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hanyalah dengan  tiadanya Union Jack berkibar di sini, penjajah telah pulang ke negara asal mereka (secara fizikal) dan kita dapat mentadbirkan negara kita sendiri. TETAPI, Jika di lihat daripada sudut lain, kemerdekaan itukah yang kita cari selama ini.

Apakah kemerdekaan telah wujud dalam pemikiran kita?, bersihkan permainan politik di Malaysia kita ini?, merdekakah media massa kita samada media cetak atau media elektronik, adakah pembangunan yang wujud ini tanpa unsur nepotisme atau kronism, kadar rasuah yang tinggi, inflasi yang menggerunkan, harga barangan yang menindas golongan bawahan dan bermacam-macam lagi isu.

Sedarkah kita yang  isu-isu politik lebih utama daripada isu-isu lain (kawan saya hanya melihat berita dalam TV hanya bermula jam 8.20 kerana berita politik atau yang telah dipolitikkan bermula jam 8 malam sehingga 8.20 malam). Berita seperti FDI, bantuan kemasyarakatan dan pembangunan untuk rakyat hanyalah sebagai di pinggiran dan mengisi slot 1/5 daripada kandungan berita (atau tak ada langsung).

Sebenarnya KPI(key performance indicator) untuk sesebuah kerajaan boleh diukur dengan senang dengan hanya melihat bahan media massa kita.. Contohnya: Adakah kerajaan telah banyak membantu rakyat sehingga TV3 dapat menerbitkan rancangan BERSAMAMU yang memaparkan banyak kisah-kisah duka rakyat Malaysia yang kehidupan mereka amat susah. Pernahkah kita terfikir yang ada penduduk di Sabah (kalau tak silap )  yang makan siput babi kerana kemiskinan mereka. MasyaAllah, ke manakah pihak Jabatan Kemasyarakatan, Pihak Zakat, NGOs sehingga berita yang kita anggap mustahil boleh timbul di Malaysia.

ADAKAH SEMUA YANG TERTULIS DI ATAS membolehkan kita menganggap KITA SUDAH MERDEKA?. Tepuk dada dan tanyalah hati masing-masing.

MERDEKA!… KEMERDEKAAN SEJATI…. TOTAL KEMERDEKAAN melalui “MERDEKA DARI PENINDASAN DAN KEZALIMAN”

Itulah slogan yang PKR laungkan dan itulah semangat yang akan PKR pegang sepertimana Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Tema ini dipilih bagi kita sama-sama merenung sejenak makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri.

OLEH ITU, ayuh rakyat PERMATANG PAUH,… keluarlah pada 26 Ogos ini, leraikan erti kemerdekaan yang kusut di atas kertas undi masing-masih. Pilihlah yang terbaik. PILIHLAH PAKATAN RAKYAT. 

Klik Sini untuk berita lanjut

 

Buletin Utama TV3 semalam dan HarakahDaily mengeluarkan satu berita yang dianggap mengejutkan dengan memetik  kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mengenai sebuah parti komponen Barisan Nasional akan keluar dari pakatan tersebut. Sekiranya berita ini benar dan komponen parti tersebut besar, maka kedudukan Barisan Nasional pasti tergugat dan jikalau BN kehilangan majoriti mudah, ‘Peralihan Kuasa’ yang dirancang PM dan DPM mungkin hanya tinggal kenang-kenangan.

 

Untuk berita penuh sila klik di sini

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha