Game Spain melawan Switzerland malam tadi pasti membuatkan Jose Mourinho tersenyum lebar ataupun menyebabkan Penyokong Arsenal terasa seperti nak terkucil.. Spain menyerang bertali arus dengan Ball possession hampir dua kali ganda berbanding Swiss. Namun what matter most ialah sapa yang menjaringkan gol dan itulah kelebihan Switzerland malam tadi.
Jikalau sebelum ini ramai peminat bolasepak mengutuk Bapak Jose kerana taktik bertahannya, dan ramai yang memuji Arsene Wenger dan team Arsenalnya yang mengamalkan attacking football, namun dalam bolasepak bilangan shot on goal bukan dikira dalam menentukan pemenang. Jadi sekali lagi Renjuna nak tegaskan what matter most ialah sapa yang menjaringkan gol dan itulah kelebihan Switzerland malam tadi.
Ok… berbalik kepada game semalam, perjalanan spain ke pusingan seterusnya mungkin akan tergugat kerana kedudukan naib juara kumpulan akan memungkinkan mereka bertemu Juara kumpulan yang satu lagi dan jikalau dilihat kepada lawannya, iaitu Antara Brazil, Portugal atau Ivory Coast, mereka sudah pasti akan pulang awal.
Pada Renjuna, permainan Xavi dan Iniesta tersangat ‘biasa’ dan tiada apa-apa yang istimewa dan inilah penyebab utama mereka kalah kerana mengharapkan hanya kepada David Villa untuk menjaringkan goal. Del Bosque sepatutnya menurunkan dua penyerang dan ianya akan memungkinkan lebih kebarangkalian untuk menjaringkan gol. Torress masuk terlalu lambat untuk menambah tekanan kepada team Swiss.
Gol Swiss malam tadi adalah sebenarnya adalah kesilapan Casillas. Menggunakan kaki untuk menampang bola adalah tindakan yang paling tidak bijak untuk dilakukan dan hasilnya…. kemenangan pertama untuk Switzerland ke atas Spain dalam tempoh 40 tahun.
Sekali lagi… ADIOS AMIGOS
Follow me on Twitter
Bebelan….